
KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad telah selesai menjalani rawatan jantung dan dibenarkan discaj dari Institut Jantung Negara (IJN).
Bekas Perdana Menteri itutelah menjalani beberapa siri pemeriksaan kesihatan dan bersedia untuk discaj seperti yang dirancang.
IJN dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan negarawan itu dibenarkan discaj pada jam 11.30 pagi tadi.
Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah Mohamed Ali mengucapkan terima kasih dan menghargai titipan doa dan keprihatinan orang ramai tentang kesihatan beliau sepanjang menjalani rawatan di IJN.