KUALA LUMPUR – Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui ciapan di Twitter rasminya memberitahu, sebanyak 6 negeri masih berdepan situasi bencana sehingga jam 10 pagi tadi, susulan kejadian banjir dan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

JKR berkata, antara negeri terbabit ialah Pahang yang melibatkan sebanyak 8 daerah dan diikuti Selangor sebanyak 7 daerah.

“Manakala di Kelantan, Kedah dan Negeri Semnbilan pula masing-masing melibatkan 2 daerah dan Terengganu hanya 1 daerah sahaja setakat hari ini.

“Selain itu, di Negeri Sembilan, Kelantan dan Kedah, masing-masing membabitkan dua daerah dan Terengganu di satu daerah,” katanya.

JKR turut memaklumkan sebanyak 144 lokasi berdepan bencana banjir, 10 lokasi banjir kilat, 23 lokasi cerun runtuh, 11 lokasi jalan runtuhm 2 jambatan rosak dan 1 lokasi jalan mendap.