PRN Melaka: 43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 1 Petang – SPR

- Advertisement -

MELAKA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, peratusan keluar mengundi setakat pukul 1 petang tadi adalah 43 peratus.

SPR menyasarkan kira-kira 70 peratus daripada 495,196 pengundi yang layak, akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Orang ramai mula keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing sejak pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi tadi.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di negeri ini mengalami hujan lebat berserta ribut petir pada petang.

Menerusi ciapan jabatan itu di laman sosial Twitter, hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di kawasan Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin. – Utusan

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat