Yang sedang diburukkan, dibongkarkan kes untuk nampak bersalah terus label bekas Umno – Pemuda Umno

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno menempelak naratif yang sedang mengaitkan penahanan reman dua tokoh korporat yang juga adik beradik bergelar Datuk Seri dan Datuk Wira disyaki bersubahat menyeleweng dan menyalahgunakan kedudukan dalam urusan pelaburan bernilai kira-kira RM10 juta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dengan Umno.

Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Hafiz Ariffin membidas, yang sedang diburukkan, dibongkarkan kes untuk nampak bersalah terus label bekas Umno.

“Ye lah senang nak burukkan Umno. Ini kes individu bukan parti.

“Kalau macam tu letaklah sekali label PMX tu, bekas Timbalan Presiden juga bekas Ketua Pemuda Umno. Desperado,” bidas beliau.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh berkata, walaupun individu itu sudah dipecat dari Umno sejak 2023 tetapi tetap juga nak gunakan nama Umno ya?

“Ke sebab ada agenda lain nak burukkan nama Umno?

“Jadi selepas ini,setiap kali media nak petik nama PMX pon boleh guna juga bekas Ketua Pemuda Umno lah yer daripada menggunakan Presiden PKR,” katanya.

Difahamkan, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 40 dan 50-an itu telah ditahan kira-kira jam 9 malam kelmarin ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Menurut sumber SPRM, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada penghujung tahun 2020.

Katanya, kedua-dua suspek juga dipercayai bersubahat dengan seorang pegawai sebuah yayasan yang berasaskan pendidikan untuk meluluskan pelaburan berjumlah kira-kira RM10 juta kepada sebuah syarikat pelaburan milik abang kepada suspek pertama yang bergelar Datuk Seri berusia lingkungan 40-an.

“Dalam pada itu, SPRM turut menyita sebanyak 15 unit kereta mewah, 12 unit motosikal berkuasa tinggi, lima unit jam tangan mewah, tiga unit gelang tangan dan wang tunai berjumlah kira-kira RM30,000,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat