PRN Melaka: BN Perlu Bentuk Kerjasama Politik Untuk Menang – Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menggesa kerjasama politik dapat dibentuk antara Barisan Nasional (BN) dan gabungan parti lain untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November depan.

Katanya, persefahaman dan kerjasama politik di peringkat Persekutuan wajar selari dengan Negeri memandangkan kini kita semua berada di dalam barisan Kabinet yang sama.

Jelas beliau yang juga Bendahari Agong BN, pertimbangan strategi politik Barisan Nasional di PRN Melaka amat penting kerana ia akan terus diperhatikan oleh rakyat.

”Pandangan peribadi saya, persefahaman dan kerjasama politik di peringkat Persekutuan wajar selari dengan Negeri memandangkan kini kita semua berada di dalam barisan Kabinet yang sama.

“Kerjasama politik yang kukuh antara parti yang mempunyai aspirasi dan matlamat yang sama wajar menjadi pertimbangan utama Barisan Nasional khususnya dalam persiapan ke arah PRN Melaka.

”Keputusan dan strategi politik Barisan Nasional untuk bekerjasama dengan parti yang mempunyai aliran pemikiran yang selari semasa Pilihanraya Negeri nanti harus dirunding dan dipertimbangkan secara serius demi menjamin kestabilan politik.” Jelasnya ketika diminta menjawab pertanyaan beberapa media tentang pendirian beliau mengenai PRN Melaka.

Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan bentuk kerjasama bersama rakan politik termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata pemimpin parti komponen PN termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gerakan dan Pas akan mengadakan perbincangan dengan rakan politik lain untuk membentuk kerjasama berkenaan. -SuaraTV

 

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat