PM Ucap Tahniah Kejayaan YADIM Catat Rekod Program Tazkirah 24 Jam Tanpa Henti

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengucapkan tahniah kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berikutan kejayaannya mencatatkan rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi penganjuran program tazkirah 24 jam tanpa henti yang diiktiraf sebagai ‘Longest Non Stop Live Broadcasting Islamic Talk’.

Menerusi catatannya di Facebook, Perdana Menteri berkata program berkenaan yang bermula pukul 9 malam, 18 Oktober hingga 10 malam semalam adalah tanda kecintaan kepada pemimpin teragung, Nabi Muhammad SAW sempena Maulidur Rasul.

“Tahniah Yadim dan kepada semua yang terlibat dalam usaha untuk mencetuskan gelombang dakwah di negara ini.

“Semoga usaha ini diharap dapat memberi inspirasi kepada pelbagai pihak yang sama-sama mahu melestari gerakan dakwah di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataannya YADIM memaklumkan program tersebut melibatkan seramai 24 penceramah dari dalam dan luar negara selama 24 jam tanpa henti dilaksanakan dengan hasrat melestarikan gerakan dakwah.

Menurut YADIM lagi, program tazkirah itu juga secara lengkap ‘membedah’ buku Sirah Nabawiyah terbitannya yang diterjemah daripada kitab terkenal iaitu Al-Raheeq Al-Makhtum karangan Syeikh Saffiyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri.

“Kitab tersebut dipilih kerana ia adalah salah satu daripada sumber rujukan kontemporari terbaik dalam mengisahkan perjalanan hidup junjungan besar Nabi Muhammad SAW secara lengkap.

“Dengan jumlah tontonan secara langsung melebihi 500 orang bagi setiap masa, program ini mengumpulkan sejumlah 44,893 peserta dan penonton yang mengikutinya secara fizikal dan maya di penghujung catatan masa.

“Lebih membanggakan ketika mengumumkan kejayaan mencatatkan rekod tersebut, Eksekutif Akaun Malaysia Book Of Records, Mohamad Nazrul Hafizi Ahmad Fauzi turut mengumumkan bahawa YADIM sebenarnya berjaya mencatatkan rekod program selama 25 jam tanpa henti,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat