Kawalan Sempadan Perlu Diperketat Cegah Kemasukan Varian Lambda – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kawalan ketat sempadan negara perlu dilakukan termasuk dengan melaksanakan penilaian risiko terhadap individu yang pulang dari luar negara bagi membendung kemasukan varian Lambda, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata setakat ini, varian itu belum dikesan dan KKM akan mempertingkatkan lagi keupayaan dengan menjalankan jujukan genomik penuh bagi mengesan sebarang varian yang membimbangkan (VOC).

“Banyak lagi mutasi yang akan berlaku dan kita lihat sekarang ini, mutasi berlaku kerana ada jangkitan. Apabila ada jangkitan, virus ini akan masuk ke paru-paru kita dan membiak di dalam paru-paru dan kalau banyak pembiakan berlaku, berkemungkinan mutasi akan berlaku.

“Mutasi yang dikenal pasti sekarang ini yang dimaklumkan adalah Lambda, Epsilon dan sebagainya. Kebimbangan kita ialah mutasi ini menjadi rintangan kepada vaksin yang kita guna pakai. Jadi, setakat ini Alhamdulillah, vaksin yang kita guna pakai masih berkesan dengan varian Delta,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata demikian dalam sidang media mengenai perkembangan semasa COVID-19 hari ini yang turut dihadiri Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Chong Chee Keong, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Mohd Shafiq Abdullah dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman. – Bernama

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat