GPS sokong Muhyiddin, kecewa dengan gerakan jatuhkan kerajaan

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari memaklumlan semua Ahli-Ahli Parlimennya telah mengambil pendirian untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam perjumpaan khas yang bersama Pengerusi (GPS), Datuk Patinggi (Dr) Abang Hj Abdul Rahman Zohari Tun Openg, parti tersebut turut menjunjung titah ke bawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya pentadbiran kerajaan hari ini diteruskan sehinggalah keabsahannya ditentukan pada sidang Parlimen bulan depan (September 2021).

GPS menyifatkan keputusan Perdana Menteri untuk mengusulkan undi percaya terhadap dirinya pada sidang Parlimen bulan depan, sebagai satu tindakan berani dan bijak, serta pendekatan terbaik berlandaskan perlembagaan.

Parti tersebut turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan mengheret rakyat dalam krisis politik dan cubaan menumbangkan kerajaan dalam keadaan rakyat dan negara sedang berdepan ancaman pandemik covid-19, hanya akan menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat.

Menurut keutamaan GPS ketika ini adalah rakyat dan menangani masalah pandemik, mempercepatkan proses vaksinasi serta memulihkan ekonomi negeri dan negara dan berharap semua pihak menghentikan dahulu politiking dan memberi peluang semua Ahli Parlimen menentukan pendirian masing-masing sama ada mahu menyokong atau tidak usul percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat bulan depan.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat