Berhimpun Tanpa Patuh SOP, MP Pembangkang Pentingkan Kuasa – Shukri

- Advertisement -

SHAH ALAM – Pemuda Pas Selangor menyifatkan ahli Parlimen pembangkang yang berkumpul di Dataran Merdeka pada Isnin tidak mempedulikan nyawa rakyat yang telah terkorban akibat pandemik Covid-19.

Timbalan Ketuanya, Mohamed Sukri Omar berkata, ahli Parlimen pembangkang hanya memilih mahu merebut kuasa dan ‘keseronokan’ mereka berhimpun mampu menyebabkan kes Covid-19 naik.

“Keseronokan mereka berhimpun tanpa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) malah mengajak rakyat berhimpun akan menyebabkan kes bertambah naik,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Mohamed Sukri turut kesal apabila ahli Parlimen pembangkang hanya sibuk melaung dan menjerit daripada menyuarakan isu rakyat dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini.

Sehubungan itu, Mohamed Sukri meminta agar ahli Parlimen pembangkang berhenti daripada menimbulkan kekacauan dan menjadi punca kes Covid-19 meningkat naik.

“Sedarkah empat sampel ‘swab test’ di Parlimen adalah dipercayai Covid-19 varian Delta?, (Namun) mereka masih seronok juga hendak berhimpun.

“(Hanya)mereka yang kematian keluarga terdekat sangat merasai bahawa Covid-19 adalah sangat berbahaya,” katanya. – Sinar

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat