Takiyuddin Dijangka Keluar Hospital Dalam Masa Terdekat

- Advertisement -

PETALING JAYA – Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan jantung dan dijangka akan dibenarkan keluar dari hospital dalam masa terdekat.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi satu kemaskini di laman Facebook memaklumkan perkara itu dan turut memohon agar dipanjangkan doa supaya Takiyuddin kembali sembuh sepenuhnya.

“Saya telah menghubungi Datuk Seri Takiyuddin dan alhamdulillah beliau telah selamat menjalani pemeriksaan dan beliau turut maklumkan bahawa doktor telah siap memasang ‘sten’ pada saluran yang tersumbat.

“Alhamdulillah semua berjalan lancar dan beliau dijangka akan keluar (dari hospital) dalam sehari dua ini. Teruskan berdoa agar beliau cepat sembuh sepenuhnya,” katanya.

Terdahulu, Takiyuddin yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dilaporkan telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Lembah Klang sejak Jumaat lalu akibat komplikasi jantung. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat