CYBERJAYA: Yayasan Didik Negara dilancarkan bagi menggembleng kerjasama dan kotmitmen pelbagai lapisan masyarakat untuk meningkatkan lagi pendidikan negara.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, Yayasan Didik Negara ini Yayasan Didik Negara Ini merupakan satu permulaan kepada sebuah perjalanan yang lebih jauh.
“Akhirnya, usaha untuk menubuhkan sebuah yayasan di bawah KPM telah selesai sepenuhnya. Ini merupakan satu permulaan kepada sebuah perjalanan yang lebih jauh.
“Yayasan Didik Negara berperanan sebagai badan rasmi yang bertanggungjawab menggembleng kerjasama dan komitmen pelbagai lapisan masyarakat untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara.” kata Dr Radzi.
Katanya lagi, Ketua Setiausaha KPM dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah bersama pemegang amanah yang lain termasuk Ketua Pengarah Pendidikan.
“Sebagai pengasas Yayasan Didik Negara, saya telah mengamanahkan yayasan ini kepada Ketua Setiausaha KPM selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah bersama pemegang amanah lain termasuk Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan wakil daripada 4 kementerian/agensi.
“KPM yakin penubuhan yayasan ini akan membolehkan setiap lapisan masyarakat bersama-sama bergabung tenaga demi masa depan generasi pewaris negara.
“Ayuh! Sama-sama kita jayakan usaha murni ini.” Ujar beliau lagi. -SuaraTV