Surat Palsu H20 Alih Tumpuan Kepincangan Pimpinan UMNO – Felo Penyelidik UUM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Surat palsu permohonan Datuk Seri Hishammudidn Tun Hussien untuk menghadap DYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah adalah langkah terdesak untuk menutup kepincangan UMNO.

Menurut Felo Penyelidik Institut Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Dr. Achmad Dzariean Mohd Nadzri, kemunculan surat palsu tersebut adalah langkah mengalih isu yang berlegar dalam kepimpinan utama UMNO.

“Mungkin ini langkah terdesak dan kecewa terhadap berita terdapat 29 orang Ahli Parlimen BN memberi mandat kepada Datuk Seri Hishammuddin menyatakan pendapat mereka kepada Baginda sekiranya perlu.

“Presiden UMNO juga tampak sedang ditempelak kiri dan kanan kerana dikatakan bertindak di luar kerangka usul Perhimpunan Agung UMNO 2020.

“UMNO perlu menyelesaikan kemelut pelanggaran keputusan PAU 2020 jika apa yang didedahkan oleh Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dan Datuk Seri Shahidan Kassim adalah benar.” kata beliau kepada SuaraTV sebentar tadi.

No photo description available.

Terdahulu, surat yang mendakwa Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien menawarkan diri sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah palsu.

Memetik kenyataan #H2OTeam di twitter, surat tersebut bersifat fitnah dan bertujuan mengelirukan pandangan umum.

“Surat yang tersebar yang dikaitkan dengan @Ds HishammuddinH2O adalah palsu dan tidak benar.

“Ini hanyalah provokasi politik yang berniat jahat, mengadakan fitnah untuk mengelirukan umum,” kata #H2OTeam sebentar tadi.

Surat berkenaan dipercayai tersebar di media sosial termasuk di aplikasi Whatsapp hari ini antara lain turut menamakan Datuk Seri Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri. –SuaraTV

Pautan : https://suara.tv/23/06/2021/surat-kaitkan-hishammuddin-jadi-pm-adalah-palsu/

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat