Tinggalkan kerajaan pada 1 Ogos? Fikir baik-baik, pesan Nazri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Nazri Aziz menasihatkan UMNO supaya fikir masak-masak sebelum membuat keputusan terburu-buru meninggalkan kerajaan selewat-lewatnya 1 Ogos 2021.

“Saya rasa fikir baik-baik jangan nanti membuat satu keputusan yang mana tidak boleh dilaksanakan.

“Buatnya 70% ahli Parlimen tak setuju, tak letak jawatan. Tak malu kita? Tak berpecah parti kita? Jadi fikir baik-baik,” pesan beliau.

Nazri berkata demikian merujuk kepada tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan kepada Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bahawa UMNO akan meninggalkan kerajaan selewat-lewatnya 1 Ogos 2021.

Perkara ini dimaklumkan oleh Ahmad Zahid dalam mesyuarat Biro Politik UMNO semalam dengan membaca beberapa butiran kandungan surat beliau semasa menghadap Al-Sultan Abdullah.

Sumber yang hadir mesyuarat biro politik semalam menyatakan Zahid memaklumkan beliau menyembahkan surat kepada Al-Sultan Abdullah sebagai mewakili UMNO Malaysia dengan menyatakan beberapa mandat dari Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang antaranya ialah, UMNO tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

“Presiden turut memaklumkan kepada Biro Politik bahawa beliau telah menyembahkan kepada YDP Agong bahawa Majlis Tertinggi UMNO pada 25 April 2021 telah memutuskan untuk menarik sokongan kepada kerajaan pada 1 Ogos nanti atau lebih awal.”

Surat Zahid juga menyatakan UMNO akan terus mempertahankan intitusi kesultanan; beharapan darurat wajar ditamatkan atau tidak teruskan sebaik tamat 1 Ogos dan Parlimen mesti terus bersidang untuk proses semak dan imbang dalam semua aspek pentadbiran negara.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sejauh mana kesahihan perkara itu.

“Saya dengar saja, iaitu pada 1 Ogos bahawa parti akan tinggalkan kerajaan. Saya bercakap sebagai parti, saya rasa..saya dah tarik sokongan kepada kerajaan ini (PN) tapi sebagai parti saya fikirkan bahawa tak boleh macam itu.

“Sebab Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dah kata putus hubungan pada PRU-15, kalau 1 Ogos nak putus hubungan saya rasa mungkin ramai ahli Parlimen tak akan ikut.

“Kita tunggulah 1 Ogos, ramai ahli-ahli Parlimen yang juga ketua-ketua bahagian mereka memegang kepada keputusan PAU yang lepas bahawa hubungan dengan PN hanya akan bercerai pada PRU-15,” ujar Nazri ketika ditemubual oleh Agenda Massa. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat