KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba jam 1.58 petang di Istana Negara.
Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun terlebih dahulu memaklumkan kepada media bahawa beliau akan mengadakan sidang media atas talian sejurus sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Hal ini kerana beliau tidak mahu petugas media berkumpul sekali gus melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP).
Hari ini Khamis, sudah tiga wakil parti menghadap Agong, sebelah pagi PAS, diwakili Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man diikuti Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan kini giliran Dr Mahathir.
Selepas ini dijadualkan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal. -SuaraTV