Kualiti Air Di Tasik Chini Masih Bersih Dan Selamat

- Advertisement -

KUANTAN: Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang memaklumkan, tahap kualiti air di tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia, Tasik Chini masih bersih dan selamat untuk semua hidupan.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini jabatan itu menyatakan, terdapat 15 stesen pemantauan kualiti air yang ditempatkan di Tasik Chini, Pekan dengan kekerapan pemantauan sebulan sekali bagi setiap stesen.

“Parameter utama yang diukur ialah Keperluan Oksigen Biokimia (BOD), Pepejal Terampai (SS), Nitrogen Amonia (AN) dan Besi (Fe), yang mana secara umumnya didapati bahawa data kualiti air bagi tahun 2020 sehingga Mac 2021 menunjukkan, kualiti air Tasik Chini dalam kategori bersih,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut, pemantauan terhadap tasik berkenaan telah dilakukan sejak ia dianugerahkan status rizab biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), pada Mei 2009.

Pada 13 Mac 2019, kerajaan negeri telah bersetuju mewartakan kawasan seluas 4,498 hektar di tasik itu sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK).

Isu membabitkan Tasik Chini tiba-tiba tular di media sosial baru-baru ini, yang memamparkan gambar keadaan ‘terkini’ tasik berkenaan yang didakwa terancam berikutan aktiviti perlombongan dan ia telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat termasuk Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa ia merupakan gambar lama yang dirakam dua tahun lepas. – BERNAMA

Foto: NST

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat