1.33 Juta Rakyat Terengganu Dapat Bekalan Air Percuma Sempena Aidilfitri

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri memperluaskan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada 1.33 juta rakyat Terengganu sepanjang bulan ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata bekalan air percuma kepada isi rumah kategori rumah tangga itu bertujuan membantu rakyat meraikan Hari Raya Aidilfitri dalam situasi ekonomi yang tidak menentu ekoran penularan pandemik COVID-19.

“Ia akan melibatkan perbelanjaan yang berjumlah hampir RM570,000 untuk tempoh selama sebulan bermula 1 Mei hingga 31 Mei 2021.

“Inisiatif ini diharapkan dapat meringankan impak keadaan ekonomi akibat wabak COVID-19 yang melanda dan sebagai tanda simpati serta prihatin kerajaan terutama di musim sambutan Aidilfitri tahun ini,” katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri sebelum ini telah memberikan bekalan air percuma 20 meter padu kepada penerima bantuan e-Kasih, Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu dan penduduk Program Perumahan Rakyat Termiskin.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat