Geng Nicky: Polis Jumpa Beberapa Petunjuk

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Polis Johor menemui beberapa petunjuk baharu membabitkan kumpulan jenayah terancang, Geng Nicky.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata petunjuk baharu berkenaan dikesan menerusi siasatan terhadap suspek yang ditahan dipercayai terbabit dalam kumpulan itu.

“Bagaimanapun, saya tidak akan mendedahkan apa petunjuk itu atau beri sebarang kenyataan mengenai perkara itu kerana siasatan masih berjalan.

“Suspek yang ditangkap masih menjalani proses soal siasat. Banyak petunjuk baharu yang timbul daripada siasatan dijalankan itu.

“Kita tunggu dulu, jika ada sebarang perkembangan nanti, saya akan maklumkan,” katanya

pada sidang media selepas meninjau sekatan jalan raya di Seelong, hari ini.

Media melaporkan seorang pegawai penyiasat kanan polis yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah terancang Geng Nicky, dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Perkara itu dimaklumkan peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Asisten Superintendan Baldev Singh Gurdial Singh, 36, ketika dihubungi media.

Pada 9 April lalu, seramai 14 individu termasuk dua adik ahli perniagaan dalam buruan Nicky Liow Soon Hee, didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan terbabit dalam kumpulan Geng Nicky.

Nicky, 33, adalah pengasas kepada Winner Dynasty Group yang berpusat di Setiawalk Puchong, Selangor menjadi buruan polis selepas 68 ahlinya ditahan dalam Op Pelican 3.0 bermula 20 hingga 28 Mac lalu.

Sementara itu, Ayob Khan berkata, suspek dipercayai terbabit dengan Geng Nicky yang dibebaskan sebelum ini bukan bermakna mereka dilepaskan daripada tuduhan itu.

Sebaliknya, beliau berkata, suspek hanya dilepaskan dengan jaminan polis bagi membolehkan kertas siasatan dilengkapkan.

“Ada orang tanya, kenapa suspek ditangkap sebelum ini dibebaskan. Mereka dibebaskan dengan jaminan polis bukan dibebaskan sebebas-bebasnya.

“Ia bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan dan kemudian akan ditentukan untuk dituduh di mahkamah atau tidak,” katanya.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,575FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat