COVID-19: Pasar Borong Pandan Ditutup Lagi Hingga 14 Mac

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Pasar Borong Pandan di Kangkar Tebrau di sini sekali lagi ditutup bermula pukul 11 malam ini sehingga 14 Mac berikutan terdapat kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan peniaganya.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Aman Rabu ketika dihubungi Bernama sebentar tadi mengesahkan perkara itu.

Menurutnya langkah berkenaan dibuat di bawah Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan.

Pasar itu akan beroperasi semula selepas selesai kerja-kerja sanitasi.

Pada 24 Januari lepas, pasar berkenaan turut ditutup kerana insiden yang sama.

-BERNAMA

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat