Muafakat Politik antara Bersatu, PAS, UMNO Perlu Diterus Selepas PRU15 – PAS

KLUANG – PAS mahu melihat ‘muafakat politik’ yang termeterai di bawah Perikatan Nasional (PN) antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PAS dan UMNO diteruskan sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), demi masa depan negara.

Justeru, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menasihati pemimpin ketiga-tiga parti itu untuk terus mendukung kerajaan sedia ada sekali gus memberi fokus kepada isu rakyat yang menanggung beban berikutan pandemik COVID-19 dan kurangkan politik dalaman yang mengganggu tumpuan.

“Saya yakin muafakat politik ini bukan sahaja untuk parti tetapi untuk masa depan negara dan seluruhnya. Sebarang keputusan politik melibatkan masa depan negara, jadi bagi PAS, kita lihat ketiga-tiga parti perlu teruskan muafakat bukan sahaja sampai Pilihan Raya Umum (PRU) tetapi sampai selepas PRU nanti.

“Bila kita dukung kerajaan, kita dukunglah kerajaan (PN) ini. Jangan timbul pandangan yang menyebabkan situasi tidak berapa selesa untuk rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis undi perdana kerja-kerja di bawah peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) di sini hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata sepatutnya apa-apa perkara (yang menjadi percanggahan) boleh diselesaikan menerusi perundingan dan mencari jalan keluar

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Annuar yang menyifatkan UMNO, PAS dan Bersatu bukanlah musuh sebaliknya pesaing dan sebaliknya wujud kekeliruan yang cuba menyembunyikan musuh politik sebenar mereka.

– BERNAMA

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Parlimen Bersidang Segera, Vaksinasi Tanpa Birokrasi – Titah Agong

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Berita Berkaitan

Ada MP UMNO ‘Sign’ Dokumen Sokong Anwar, Zahid Jadi Saksi, Dakwa Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mendedahkan seorang Ahli Parlimen daripada UMNO mengaku dirinya telah menandatangani dokumen sokongan...

Menteri dan Timbalan Menteri BN Ikrar Terus Sokong Muhyiddin Hingga PRU

PUTRAJAYA - Menteri dan Timbalan Menteri dari Barisan Nasional (BN) berikrar akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri disebalik notis...

BBC, Majlis Pembangkang Selangor Sokong Persidangan Dun Diadakan Segera

KUALA LUMPUR: Majlis Penyokong Kerajaan (BBC) dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyokong titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah...