Jururawat “Diusik” Pesakit Covid-19

- Advertisement -

MELAKA – Seorang jururawat membuat laporan polis selepas “diusik” seorang pesakit Covid-19 warga emas dengan kata-kata berbaur lucah ketika menjalankan tugas di Hospital Melaka di sini, Sabtu lalu.

Menurut sumber, mangsa berusia 30 tahun itu mendakwa kejadian berlaku ketika dia sedang melakukan prosedur rawatan termasuk mengambil darah pesakit di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Katanya, pada waktu itu warga emas berkenaan sedang berbual bersama seorang wanita lain dipercayai isterinya dengan membuka pembesar suara sebelum tiba-tiba mengeluarkan ayat “aku tengah beromen dengan staff nurse kalau tak percaya boleh video call”.

Selepas menamatkan panggilan, pesakit Covid-19 itu kemudian meminta untuk melihat saiz kondom kateter urin yang baharu dan menyuruh wanita berkenaan memegang kemaluannya bagi menyarungkan alat tersebut.

Kondom kateter merupakan alat menyerupai kondom yang dipasang pada bahagian luar kemaluan lelaki dengan fungsi sama seperti kateter iaitu bagi mengalirkan air kencing keluar.

Jururawat itu yang takut selepas mendengar kata-kata lucah warga emas berkenaan bagaimanapun enggan melakukannya dan meminta pesakit memasukkannya sendiri sebelum segera beredar serta membuat laporan polis.

Terdahulu, laporan polis dibuat jururawat itu turut tular di laman sosial sejak semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yhazid Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Datuk Dr. Ismail Ali dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya sedia maklum mengenai laporan polis yang dibuat jururawat tersebut.

“Siasatan dalaman jabatan sedang dilaksanakan secara komprehensif dan pihak kami akan berkerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya.-K! ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat