Projek perumahan hijau di kota besar China yang menjanjikan kawasan perumahan yang lebih mementingkan alam sekitar akhirnya seolah-olah memakan tuan.
Biarpun kesemua 826 pangsapuri habis terjual pada April tahun ini, menurut ejen hartanah projek terbabit, kawasan yang dijanjikan akan menjadi seperti syurga kepada eko moden telah bertukar menjadi seperti sebuah set filem kehidupan pasca apokalip.
Masalah utama mengapa kawasan perumahan ini tidak mendapat sambutan adalah disebabkan nyamuk. Seperti manusia, nyamuk juga adalah hidupan yang menyukai tumbuh-tumbuhan.
Disebabkan faktor tersebut, hanya 10 keluarga sahaja yang dilaporkan berpindah ke Kondominium Taman Hutan Kota Qiyi di Chengdu, lapor media tempatan.
Projek perumahan di bandar barat daya dibina pada tahun 2018, idea yang dibentangkan oleh pihak pemaju adalah menanam setiap tumbuhan di bahagian balkoni rumah.
Namun, tanpa mereka yang menyewa atau tinggal di rumah terbabit, dilaporkan bahawa lapan menara telah ditakluki oleh tanaman akibat tidak ada yang menyelenggara dan menjaga tanaman terbabit.
Untuk rekod, hanya sekitar 10 keluarga sahaja yang berpindah ke rumah terbabit menurut akhbar Global Times.
THe Vocket