Wakil PAS Akan Dilantik Jadi Ahli Majlis Di Semua PBT Johor Kata MB

- Advertisement -

Johor Bahru – Kerajaan Johor akan melantik wakil dari PAS sebagai Ahli Majlis di semua 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu, bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan ahli PH sejak Mac lepas, susulan pertukaran kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, pelantikan tersebut membuktikan kerjasama erat antara UMNO dan PAS Johor, yang dijalin menerusi Muafakat Nasional (MN).

“Jumlah berapa ahli PAS yang akan dilantik menganggotai Ahli Majlis di 16 PBT seluruh negeri sudah ditetapkan, namun ia bergantung kepada keadaan.

“Yang penting, di setiap 16 PBT itu akan ada ahli PAS sebagai anggota, terutama di kawasan majoriti Melayu seperti Pengerang, Kota Tinggi dan Mersing,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat kedua Jawatankuasa Pemantau MN Johor, yang dipengerusikan Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin, di Johor Bahru hari ini.

Sementara itu Abdullah berkata, pihaknya menyambut baik pelantikan tersebut dan menyifatkan ia menunjukkan keberadaan PAS dalam kerajaan negeri Johor.

Abdullah berkata, dalam mesyuarat itu juga kedua-dua parti bersetuju mengadakan Konvensyen MN, bagi mengukuhkan kerjasama itu di peringkat negeri. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat