Akta Hasutan Masih Relevan – Menteri

- Advertisement -

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Akta Hasutan 1948 masih relevan ketika ini dan tidak akan dimansuhkan.

Katanya, keputusan tersebut mengambil kira struktur masyarakat dalam negara ini yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini, beliau turut memaklumkan bahawa penyebaran maklumat atau berita berunsur hasutan melalui media sosial secara tidak bertanggungjawab dalam kalangan rakyat dikhuatiri boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

“Kebelakangan ini penyebaran maklumat palsu atau berita berunsur hasutan semakin berleluasa sehingga boleh mewujudkan suasana tidak tenteram khususnya apabila berita itu menyentuh isu sensitif dalam kalangan masyarakat.

“Berdasarkan statistik, terdapat trend peningkatan kes 2 tahun kebelakangan ini yang melibatkan kesalahan menghasut terhadap institusi Diraja, kaum, agama dan hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, atau hak kedaulatan yang dilindungi oleh Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Hamzah menjawab soalan Gobind Singh Deo (PH-Puchong) yang meminta beliau menyatakan sama ada Akta Hasutan akan dimansuhkan dan status tindakan untuk tujuan itu.

Januari lalu, kerajaan Pakatan Harapan berkata akan meneruskan kajian untuk meminda beberapa akta di bawah bidang kuasanya, termasuk Akta Hasutan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat