Anifah Sertai Parti Baru, Proses Demokrasi – UMNO Sabah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penyertaan Bekas Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman ke dalam Parti Cinta Sabah (PCS) semalam merupakan salah satu proses demokrasi yang perlu dilihat secara positif dalam politik tanah air, menurut Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar.

Beliau ketika dihubungi SuaraTV berkata, isu tukar parti seperti itu juga bukanlah perkara baru hari ini, lebih-lebih lagi dalam keadaan politik yang tidak stabil, terutama di negeri Sabah.

“Saya melihat perkembangan politik tanah air masa ini terutama sekali di sabah bukan lah merupakan satu perkara baru, lebih lebih lagi keadaan politik yg tidak stabil di Sabah.

“Pada saya ini ada lah salah satu proses demokrasi yg perlu dilihat secara positif.

Walau bagaimanapun tambahnya, masih terlalu awal untuk membut sebarang pandangan dan andaian berkenaan kesan penyertaan Anifah dalam parti itu terhadap politik Sabah, kerana politik negara ini bersifat dinamik.

“Namun terlalu awal utk membuat sebarang pandangan atau persepsi kerana politik amat dinamik dan hidup,” katanya lagi.

Semalam, Anfiah mengambil alih jawatan Presiden Parti Cinta Sabah(PCS).

Anifah, yang kekal tanpa parti sejak meninggalkan Umno pada September 2018, memenangi jawatan presiden parti PSC setelah penyandangnya, Datuk Wilfred Bumburing memberi laluan kepada adik lelaki bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat