Nur Jazlan nasihatkan BERSATU ukur nilai kekuatan sebelum bincang pengagihan kerusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dinasihatkan agar menilai kekuatan parti mereka terlebih dahulu sebelum sebelum berbincang isu pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Umum-15 (PRU15) akan datang.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed menjelaskan, BERSATU perlu menerima hakikat bahawa parti itu tidak mempunyai jentera untuk berdepan pilihan raya.

Katanya, sekiranya diadakan pilihan raya dalam masa terdekat, BERSATU terpaksa mengharapkan sokongan dan bantuan jentera kempen UMNO.

“Ahli mereka hendak jadi pekerja pilihan raya pun tak cukup, seperti ejen di pusat pengundian dan pengiraan,” katanya seperti dilaporkan The Malaysia Insight.

Mohamad berkata, UMNO tidak mengalami masalah demikian kerana parti itu mempunyai jentera kempen dan bilangan pengundi yang lebih baik berbanding parti komponen lain dalam Perikatan Nasional (PN).

Walaupun bersama dalam gabungan tidak berdaftar itu, hubungan di antara UMNO dan BERSATU dilihat tidak begitu kukuh dengan Johor menjadi satu daripada negeri yang kelihatan tegang.

Sebelum ini, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Harapan (PH) pernah mendedahkan bagaimana gabungan itu hampir membentuk kembali kerajaan negeri apabila sebahagian wakil rakyat BERSATU bersedia untuk menarik balik sokongan kepada UMNO.

Menjelang PRU15 isu pembahagian kerusi dijangka akan terus membantutkan kerjasama di antara kedua-dua parti. Sebelum ini beberapa pemimpin sudah menegaskan untuk mengambil semula kerusi parlimen atau dewan undangan negeri yang dimenangi wakil rakyat BERSATU menggunakan tiket UMNO.

Nur Jazlan berkata formula agihan kerusi PN tidak sesuai dilaksanakan di Johor kerana tiada dominasi populasi pengundi oleh satu-satu kaum.

Kemajmukan pengundi di Johor dapat dilihat melalui taburan pengundi Melayu membentuk sejumlah 54.67%, manakala Cina 37.58%, dan India 6.25% dan 1.24% lain-lain kaum.

“Di Johor, UMNO akan dapat undi lebih berbanding BERSATU dan PAS. Tidak banyak kawasan pengundi majoriti Melayu yang betul-betul tinggi,” kata Nur Jazlan.

Oleh itu dalam menghadapi tuntutan Bersatu, Nur Jazlan berkata UMNO hanya bersedia menyerahkan kerusi di kawasan ahli parti sedia menerima dan membantu calon parti tersebut.

“Kecuali kawasan yang orang UMNO sendiri nak bagi calon BERSATU dan setuju, contohnya Muhyiddin,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat