Kalau Mahu Muhyiddin Kembali Pada UMNO, Ubah Keputusan Pecat Kata Tok Mat

- Advertisement -

Kuala Lumpur – UMNO boleh mengubah semula keputusan pemecatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada parti itu pada tahun 2016 sekiranya mahu menerimanya semula.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO menerima kehadiran semula Muhyiddin jika beliau berhasrat menyertai parti itu.

Menurutnya, keputusan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu akan memberi kesan positif kepada kedua-dua pihak dalam banyak perkara terutama pembahagian kerusi pilihan raya.

“Kalau ada hasrat (Muhyiddin) kembali kepada parti, kita boleh mengubah semula keputusan memecat beliau.

“Beliau akan jadi Perdana Menteri yang didukung parti yang besar dan mempunyai ramai Ahli Parlimen, jadi lebih mudah dan lebih senang.

“Tiada masalah untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU), misalnya dari segi pembahagian kerusi,” katanya kepada sebuah portal berita hari ini

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat