Agung Perkenan Pelantikan 4 Anggota Baharu EAIC

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Empat anggota baharu telah dilantik untuk menganggotai Suruhanjaya Intergriti Penguatkuasa Kebangsaan (EAIC) bagi tiga tahun berkuatkuasa 1 Julai 2020 lepas.

Perlantikan keempat-empat anggota (EAIC) itu telah diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agung Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui kenyataan Pejabat Perdana Menteri pagi tadi.

menurutnya, Yang di-Pertuan Agong juga memperkenankan pelantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang juga bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai Pengerusi EAIC dan Tan Sri Zainun Ali sebagai timbalannya.

Antara yang turut dilantik juga adalah Datuk John Louis O’hara dan Datuk Prof Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood.

“Pelantikan ini akan memperkukuhkan pelaksanaan fungsi dan keberkesanan EAIC ke arah memastikan mutu penguatkuasaan yang berintegriti serta efektif dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan”.

Menurut kenyataan itu juga, Pelantikan empat anggota EAIC itu mengikut Subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700).

Kerajaan juga merakamkan penghargaan kepada barisan Pesuruhjaya EAIC terdahulu iaitu Datuk A Aziz A Rahim, Datuk Sabariah Hassan, Prof Madya Dr Abang Ekhsan Abang Othman, Lee Sow Siong, Leong May Chan dan James Deva Nayagam Gnanaratnam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat