Kotak Hitam Pesawat Ukraine Ditembak Jatuh Iran, Dihantar Ke Perancis

- Advertisement -

TEHRAN: Iran telah menghantar kotak hitam pesawat Airbus Ukraine yang ditembak jatuh secara tidak sengaja oleh tentera negara itu, ke Perancis untuk dianalisis – lebih 6 bulan selepas kejadian menyayatkan hati itu berlaku.

“Kotak hitam itu dipindahkan ke Paris semalam oleh pegawai organisasi penerbangan dan hakim, dan analisa mengenainya akan dimulakan pada hari Isnin,” kata Mohsen Baharvand, Timbalan Menteri Luar untuk urusan antarabangsa dan undang-undang, seperti dipetik oleh akhbar Etemad pada hari Sabtu.

Penerbangan 752, milik Ukraine International Airlines, ditembak jatuh oleh dua peluru berpandu anti pesawat dan terhempas tidak lama setelah berlepas dari lapangan terbang utama Teheran pada 8 Januari.

Republik Islam itu mengakui beberapa hari kemudian bahawa pasukan tenteranya secara tidak sengaja menembak jatuh pesawat jet yang menuju ke Kiev dan membunuh kesemua 176 orang di dalamnya.

Iran mengatakan bahawa ketidaksejajaran sistem radar unit pertahanan udara adalah kunci “kesilapan manusia” yang menyebabkan pesawat itu ditembak jatuh.

Sistem pertahanan udara Teheran dalam keadaan berjaga-jaga ketika itu, bimbang Amerika Syarikat membalas serangan peluru berpandu Iran terhadap pengkalan tentera negara itu di Iraq, beberapa jam sebelum itu bagi membalas insiden pembunuhan Jeneral Qassim Soleimani.

Kotak hitam dijangka mengandungi maklumat mengenai saat-saat terakhir sebelum pesawat ditembak jatuh dan terhempas.

Kanada, yang warga negaranya merupakan sebahagian besar dari korban dalam pesawat jet itu, telah menuntut selama berbulan-bulan bersama dengan Ukraine agar Iran mengirim kotak hitam ke luar negeri sehingga kandungannya dapat dianalisis – AL Jazeera.

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat