PKR Sabah Bergolak, Seramai 3,125 Ahli Umum Keluar Parti

- Advertisement -

KOTA MARUDU, 18 Julai  — Seorang pemimpin kanan PKR Sabah hari ini mengumumkan beliau bersama 3,125 ahli daripada Cabang Pitas mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu.

Naib Ketua Cabang PKR Kudat Datuk Seri Rudy Awah yang mengetuai kumpulan ahli PKR itu mendakwa mereka mengambil keputusan untuk keluar secara beramai-ramai selepas melihat berlaku ketidaktentuan hala tuju parti terutama melibatkan Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah.

“Kami sebulat suara mengumumkan keluar parti. Hampir dua tahun menjalankan tugas sebagai  Penyelaras DUN (Dewan Undangan Negeri) Pitas. Ahli-ahli yang telah dibawa masuk (ke dalam PKR sebelum ini) iaitu seramai 3,125 orang akan keluar parti bersama-sama (hari ini),” katanya dalam sidang media, di sini.

Sementara itu, Rudy berkata beliau dan ahli yang bertindak keluar parti pada hari ini juga mengumumkan  pendirian mereka menyokong Perikatan Nasional (PN) di Sabah.

“Kami akan menyokong penuh PN dan juga kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Biro Latihan dan Jentera Parti MPN PKR Sabah berkata mereka selepas ini akan menggunakan platform Persatuan Jiwa Anak Pitas untuk meneruskan perjuangan sekali gus berkhidmat untuk masyarakat setempat.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat