KUALA LUMPUR – Tindakan sekumpulan bekas pemimpin PAS yang keluar secara beramai-ramai dan menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN) pada 2105 sedikit sebanyak telah melemahkan parti itu.
Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor tindakan kumpulan itu telah menyebabkan sebilangan ahli-ahli PAS yang keliru turut menyertai mereka.
“Pergolakan PAS (pada) 2015 menatijahkan PAS kehilangan sebahagian ahli, bermula dengan 18 pemimpin yang tewas dalam Muktamar kali ke 61 maka mereka menamakan diri sebagai Gerakan Harapan Baru (GHB), seterusnya membeli Parti Pekerja dan menjenamakan sebagai Parti Amanah Negara (PAN).
“Kemasukan en bloc teman-teman NGO tertentu, ahli-ahli PAS yang terkeliru serta kempen agresif parti sekutu DAP itu sedikit sebanyak (melemahkan) PAS.
“Kemenangan PH dalam PRU-14 seolah memberikan nyawa kepada mereka, teringat aku dengan sikap membusung dada pemimpin PAN, bukan sekadar dimedia sosial, juga di alam nyata,” katanya melalui satu kenyataan sebentar tadi.
- PAN Ditubuhkan Selepas Pemimpinnya Kalah Pemilihan PAS – Najib
- Mahathir Umum Henti Kerjasama Dengan Anwar dan PKR, Cari Jalan lain Jadi PM
- Anak Mahathir Beli Syarikat Bernilai RM248 Juta Diusia 33 Tahun
Namun, Dr Riduan menyifatkan selama 22 bulan menerajui negara, parti serpihan itu tidak ubah sebagai pak turut kepada DAP terutama dalam menjaga hal ehwal berkaitan Islam.
“Selama 22 bulan mereka ditampuk dan koridor kuasa, masyarakat Islam negara ini melihat betapa lemahnya pemimpin PAN menjaga Islam dan ummat Islam.
“Mereka seolah “rubber stamp house” kepada pemimpin-pemimpin DAP, pola simbiosis ini difahami kerana latar sejarah penubuhan mereka sejak 2015.
“Sejak mereka berkuasa lagi, disedari sedikit demi sedikit bekas penyokong PAS mula tawaquf dalam aktiviti kerajaan PH dan mula bertanya khabar untuk pulang bersama PAS,” tegasnya lagi.
Beliau turut menjelaskan ekoran kelemahan PAN, semakin ramai ahli parti itu kembali untuk menyertai PAS.
“Ramai yang tersedar budaya berorganisasi PAS tidak sama dengan mana-mana parti, PAS bukan sekadar memburu kuasa untuk melaksana dan menjaga Islam namun program amal tarbawi yang berjalan kepada ahli-ahli mereka.
“Tiga bulan terakhir ini juga semakin galak bekas ahli-ahli PAS mula bertanya khabar untuk kembali berpaut dengan PAS, daripada tanah Selatan Johor sehinggalah ke bumi Sabah.
“Dalam serangan menggila serangan pemimpin PAN akibat hilang kuasa, maka ahli-ahli mereka mula menyedari apakah matlamat perjuangan parti serta sikap pemimpin mereka, bukan sekadar dengan masalah peribadi namun haibah sebagai qiadah jamaah.
“Perjuangan untuk tembolok peribadi atau untuk menegakkan Islam, maka kita semua nampak dengan benderang.
Seterusnya beliau turut menyeru agar mana-mana ahli yang masih bersama PAN untuk kembali menyertai PAS.
“Ayuh kawan-kawanku ahli PAN!, pintu harakatul ummah ini terbuka buatmu, jangan merasa malu dan tertampar kecewa.
“Pintu markas tarbiah tetap ceria dengan program usrah, iftar jamaie, liqa fikri dan pelbagai program.
“Usah terkeliru memilih kerana kehidupan ini sangat singkat, lihat juga bagaimana penghujung akhir kehidupan pimpinan PAS. Nampakkan? soalnya pula.



