Tiada Lagi Zon Merah Covid-19 Di Malaysia, Hanya Tinggal 28 Daerah Zon Kuning

- Advertisement -

PETALING JAYA – Lima negeri kini merupakan zon hijau selepas tidak merekodkan kes aktif Covid-19 membabitkan penularan tempatan.

Negeri terbabit adalah Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Infografik Kementerian Kesihatan hari ini berhubung pergerakan taburan kes Covid-19 selama 14 mengikut daerah di negara ini, iaitu dari 13 Jun sehingga 26 Jun juga menunjukkan tiada daerah dikategorikan sebagai zon merah.

Manakala itu hanya 28 daerah di seluruh negara merupakan zon kuning dengan jumlah jangkitan di bawah 40 kes.

Rembau merupakan daerah yang merekodkan jangkitan paling tinggi dengan 37 kes, diikuti Lembah Pantai 14 kes.

Selangor adalah negeri dengan zon kuning paling banyak, iaitu 8.

Sesebuah daerah diisytiharkan zon merah apabila ia mencatatkan lebih 40 kes aktif Covid-19.

Setakat hari ini, 121 kematian dan 8,606 kes positif Covid-19 direkodkan, manakala 8,294 pesakit disahkan pulih dan 191 masih menerima rawatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat