PAN Ditubuhkan Selepas Pemimpinnya Kalah Pemilihan PAS – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menyanggah dakwaan Ketua Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad yang semalam mendakwa Amanah (PAN) ditubuhkan kerana PAS mahu bekerjasama dengan UMNO.

Tulis Najib, “Time (masa) PKP pun depa fikir rakyat mudah ditipu?”.

“Semalam, Lid kata parti PAN ditubuhkan kerana PAS nak bersama UMNO.

Ini tidak betul”, tegas Najib.

Menurut Najib, PAN ditubuhkan selepas pemimpin-pemimpin (yang kemudian menjadi pengasas parti tersebut), kalah teruk dalam pemilihan PAS tahun 2015.

Jelas Najib lagi, kekalahan ini disebabkan ahli-ahli PAS tidak puas hati kerana puak (yang kemudian menubuhkan PAN), khianati parti mereka dalam kemelut langkah Kajang pada tahun 2014 untuk memfitnah dan menyingkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Najib turut menamakan semua bekas pemimpin PAS yang kalah dan kemudian menjadi pengasas PAN. Ini termasuklah pemimpin PAN yang semalam mendakwa parti itu ditubuhkan kerana PAS mahu bekerjasama dengan UMNO.

“Mat Sabu, Mahfuz Ormar, Husam Musa, Salahuddin Ayub, Mujahid Yusuf Rawa, Dzulkefly Ahmad, Hanipa Maidin dan Dr Siti Mariah Mahmud kalah.

“Geng-geng ini hanya menubuhkan PAN selepas mereka semua kalah dan gagal mendapat jawatan dalam parti,” kata Najib.

Tambah Najib lagi, “Google sikit sahaja dah tahu siapa menipu.”

Orang PH masih fikir Rakyat terlalu mudah ditipu, tulis Najib mengakhiri postingnya. –  SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat