Pelakon Noorkhiriah dan Suami Sediakan Khidmat Van Jenazah Percuma

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Impian pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie dan suaminya, Azfaizul Ahtan untuk menyediakan kenderaan van jenazah percuma terlaksana selepas tertangguh lebih sebulan lalu.

Usaha itu tertangguh seketika kerana terpaksa melakukan proses modifikasi dan pengubahsuaian selain terpaksa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tiada masalah pun cuma belum sampai masa dan perlukan perancangan yang rapi. Bukan senang nak cari bengkel yang boleh mengubahsuai untuk dijadikan van jenazah.

“Merancang dah lama cuma baru terdetik untuk bergerak. Allah dah buka jalan maka mudahlah kerja kita,” jelas Azfaizul yang merupakan suami kepada Noorkhiriah kepada ProjekMM.

Jelas Azfaizul, perkhidmatan van jenazah percuma itu turut dibantu beberapa jemaah Surau Al-Ikhlas Palm Spring, Kota Damansara yang terletak di kawasan kediamannya.

Buat masa ini perkhidmatan disediakan di sekitar Lembah Klang dan berkemungkinan akan bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia sekiranya ada keperluan di masa hadapan.

“Boleh hubungi sekiranya benar-benar memerlukan secara percuma, Insya Allah pada bila-bila masa,” katanya lagi.

Terdahulu, Noorkhiriah mengucapkan terima kasih kepada pengikut setianya yang memberi sokongan moral menerusi kempen jualan jenama peribadinya, ‘Nur by Khiriah’ selepas mengumumkan tentang perkhidmatan van jenazah percuma itu baru-baru ini.

Perkhidmatan van jenazah percuma diberikan kepada semua golongan namun keutamaan kepada golongan asnaf dan orang susah.

Tiada bayaran dikenakan dan sekiranya sumbangan diberikan, pihaknya akan menjadikan ia sebagai kos penyelenggaraan dan pengurusan.

Orang ramai yang memerlukan perkhidmatan van jenazah secara percuma ditawarkan Khiriah dan suaminya boleh menghubungi nombor 012-2058005 atau 012-8005996 (Faizul).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat