Sebuah Lagi Pesawat Tentera Indonesia Terhempas

- Advertisement -

KAMPAR: Selepas sebuah helikopter tentera Indonesia jenis Mi-17 buatan Rusia terhempas di sebuah kawasan perindustrian Jawa Tengah minggu lepas, sebuah lagi pesawat tentera Indonesia terhempas di Riau sebentar tadi.

Kemalangan kali ini melibatkan pesawat pejuang jenis Hawk Mk209 buatan Britain pula.

(Sama seperti helikopter Mi-17 yang terhempas minggu lepas, Malaysia turut mengoperasikan pesawat sama untuk serangan darat tapi dari jenis Mk108/109).

Bagaimanapun, juruterbang pesawat tempur dengan nombor penant TT-0209 itu yang dikenali sebagai Let Penerbangan Apriyanto Ismail, sempat menyelamatkan diri dengan kerusi anjal.

Punca kemalangan masih disiasat tapi sudah tentu mencetuskan banyak persoalan berikutan satu demi satu kemalangan melibatkan pesawat tentera negara berkenaan dalam tempoh singkat – kompas.com

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat