Kuala Lumpur – Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng menasihati agar rakyat di negara ini sentiasa mengamalkan sikap husnuzon (bersangka baik) ketika memberikan sumbangan.
Chee Heng atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Uncle Kenyang’ turut berkata agar jangan berkira ketika memberikan sumbangan kepada masyarakat.
“Bila kau sedekah, tambah isi Husnuzon dalam sedekah, pasti anda tenang memberi dengan senyuman dalam hati dan jiwa. Nak memberi, jangan bersoal kerana pengakhirannya adalah dengan Tuhan dan bukan dengan manusia.
“Siapalah aku nak menghakimi kerana aku akan di hakimi akhirnya. Berilah dengan hati yang lapang, semoga yang menerima turut tersenyum dalam hati,” luahnya di laman Facebook sebentar tadi.
Uncle Kentang berkata demikian sebagai maklumbalas terhadap kritikan yang dilemparkan atas kerja-kerja yang dilakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau turut membidas tindakan sesetengah ahli politik yang memilih bulu (pengundi) ketika memberikan sumbangan.
“Akhirnya aku akan disoal (Tuhan) ketika hambaKu lapar, apa kau buat dengan mereka?
“Saya cari ahli Tuhan untuk bantu agih bantuan makanan bukan cari ahli parti politik untuk agih bagi kroni dan pengundi sahaja.
“Saya cari ahli Allah bukan cari balaci politik. (Sekarang) bukan masanya untuk cari kepentingan politik yang bodoh tapi masa untuk memberi makanan kepada mereka yang lapar tanpa mengira taraf warganegara,” bidasnya lagi.
Sikap terpuji Uncle Kentang iyang gemar membantu tanpa mengira fahaman agama itu menarik perhatian masyarakat Islam di negara ini yang mendoakan beliau agar diberikan hidayat sebagai seorang Muslim.
“Terima kasih Mizah, saya tidak marah orang (Islam) doakan untuk mendapat hidayah (sebagai seorang Muslim) jangan susah hati.
“Doa kamu semua saya terima dengan baik semoga saya pun (akan dapat) menjadi orang yang baik,” jelasnya lagi.
Uncle Kenyang merupakan ahli perniagaan yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan sejak hampir 20 tahun lalu itu
Beliau yang juga pernah bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih tahun lalu. – SuaraTV