Lebih 100,000 Pemilik Perniagaan Mohon Beroperasi Di Laman MITI

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Laman rasmi Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) tidak dapat diakses hari ini berikutan kesesakan permohonan berlaku bagi mendapatkan kebenaran menjalankan perniagaan melalui laman itu.

Tinjauan mendapati percubaan untuk mengakses laman itu tidak berjaya dilakukan, manakala muka hadapan laman itu menunjukkan mesej ralat.

Melalui laman Twitter milik kementerian itu, portal tersebut tidak dapat diakses buat sementara waktu berikutan lebih daripada 100,000 syarikat telah menggunakan perkhidmatan atas talian itu ketika ini.

https://twitter.com/MITIMalaysia/status/1249526592667189249?s=20

“Lebih daripada 100,000 syarikat telah menggunakan setakat ini”. Harap terus mencuba dan pelayan akan mengarahkan anda apabila slot tersedia.

Kami dengan tulus meminta maaf atas ketidaknyamanan yang ditimbulkan. Terima kasih,”. “Harap terus mencuba dan pelayan akan mengarahkan anda apabila slot tersedia.

Kami dengan tulus meminta maaf atas ketidaknyamanan yang ditimbulkan. Terima kasih.”

MITI sebelum ini memberi lampu hijau kepada beberapa jenis perniagaan seperti perkhidmatan gunting rambut dan perkhidmatan dobi untuk memohon kelulusan beroperasi.

Dalam sidang media pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan bersetuju membenarkan perniagaan di sektor terpilih untuk meneruskan operasi secara berperingkat dalam tempoh PKP, yang telah diperluaskan selama dua minggu lagi hingga 28 April.

Bagaimanapun, katanya perniagaan terpilih ini hanya akan dibenarkan beroperasi di bawah garis panduan kawalan pergerakan dan penjagaan kesihatan yang ketat.

Bagaimanapun, hasil tinjauan yang dibuat menunjukkan, rata-rata pengguna sosial tidak bersetuju dengan langkah yang dibuat oleh kerajaan ini.

Majoriti maklum balas yang diterima menunjukkan kerisauan netizen terhadap beberapa kluster baru yang bakal muncul sekiranya PKP pada fasa ketiga ini diberi kelonggaran.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat