Speaker DUN Perlis tarik balik permohonan adakan PRK

KUALA LUMPUR – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis membuat keputusan menarik semula pemakluman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perlis berhubung permohonan diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) kepada bagi tiga kerusi DUN Bintong, Chuping dan Guar Sanji yang sebelum ini diumumkan kosong selepas tiga Adun kawasan itu diberhentikan keahlian mereka daripada Pas sebelum ini.

Speaker DUN Perlis Rus’sele Eizan dalam sidang media di Kangar memaklumkan, walaupun tidak berlakunya PRK, kerusi berkenaan akan kekal dibiarkan kosong sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

“Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan mutakhir termasuk pendirian Pas selaku parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang memberi jaminan akan terus komited mengekalkan kelangsungan dan kestabilan kerajaan negeri Perlis.

“Sebelum ini, saya sudah menghantar notis pemakluman kepada SPR Perlis pada 29 Disember lalu memaklumkan bahawa tiga Adun Pas iaitu Adun Chuping Saad Seman, Adun Bintong Fakhrul Anwar Ismail dan Adun Guar Sanji Mohd Ridzuan Hashim didapati tidak layak menjadi ahli Dewan mengikut Perkara 50A(1)(a)(ii) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.

“Notis pemakluman itu turut menyatakan keperluan mengadakan pilihan raya semula bagi mengisi kekosongan luar jangka selaras Fasal (5) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis,” katanya di Pejabat Speaker DUN Perlis di Kompleks Seri Putra Kangar pada Rabu.

DUN Perlis kini telah melepasi tempoh tiga tahun sejak persidangan pertamanya pada 18 Disember lalu, dan mengikut amalan pilihan raya, PRK tidak diwajibkan sekiranya kekosongan berlaku selepas tempoh tertentu sebelum pembubaran DUN.

Namun begitu, kerajaan negeri berpandangan, pengisian kerusi kosong melalui PRK wajar dipertimbangkan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat