Akmal nafi laporan Malaysiakini dan SuaraTV, dakwa tiada hantaran media sosial mempertikai Zahid telah dibuat

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh, menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa beliau menyelar kenyataan Exco Wanita UMNO, Nurulhidayah Ahmad Zahid, berkaitan isu hala tuju parti.

Menurut sumber SuaraTV, penafian tersebut dibuat sendiri oleh Dr Akmal dalam kumpulan WhatsApp Ketua-ketua Pemuda UMNO, dan perkara itu dimaklumkan kepada SuaraTV oleh salah seorang Ketua UMNO Bahagian yang berada dalam kumpulan berkenaan.

Sumber tersebut memaklumkan bahawa Dr Akmal menegaskan beliau tidak pernah membuat hantaran media sosial seperti yang dilaporkan, sekali gus menafikan petikan kenyataan yang dikaitkan dengan beliau.

SuaraTV turut membuat semakan di akaun media sosial Dr Akmal namun tidak menemukan sebarang hantaran yang sepadan dengan laporan berkenaan. Bagaimanapun, SuaraTV tidak dapat memastikan sama ada hantaran tersebut pernah dimuat naik dan kemudiannya dipadam, atau laporan itu tersilap petik.

Terdahulu, SuaraTV melaporkan isu berkenaan berdasarkan laporan yang diterbitkan oleh Malaysiakini, yang mendakwa Dr Akmal menyelar nasihat Nurulhidayah agar isu hala tuju UMNO dibincangkan melalui saluran dalaman parti dan bukan dibawa ke ruang awam.

Portal tersebut turut melaporkan bahawa Nurulhidayah memberi peringatan bahawa membawa isu berkenaan ke ruang awam dengan nada seakan-akan ultimatum boleh membuka persepsi bahawa UMNO sedang berdepan perpecahan dalaman.

Selain itu, Malaysiakini memetik kenyataan yang didakwa daripada satu hantaran media sosial Dr Akmal, yang kononnya mempersoalkan sama ada menentukan hala tuju parti merupakan hak mutlak presiden, serta menolak budaya “yes boss” dalam parti.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat