Anwar tak benarkan Menteri Kabinet komen pasal politik, itu punca kami sering berbalah – Rafizi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘menyekat’ barisan Menteri Kabinet Kerajaan Madani daripada membuat ulasan berkait hal politik atas ketetapan kerangka komunikasi kerajaan.

Bekas Menteri Ekonomi itu memberitahu sewaktu menjawat jawatan berkenaan beliau sering menjawab isu berbangkit dalam kerajaan memandangkan Kementerian Ekonomi menjaga semua kementerian namun beliau sering dimarahi Anwar.

“Sibuk ambil gambar mesyuarat demi mesyuarat demi mesyuarat. Orang nak tahu actually what you do and how you tackle issue. Itu more than anything else kan? Jadi, yang itu mesti berubah dahulu.

“Sebab to be fair, kalaupun pasukan dan pendekatan komunikasi menteri itu berubah, kalau mereka masih diikat dengan peraturan itu, then you cannot change. You change that, barulah then you can judge menteri-menteri dengan lebih adil. Baru you boleh kata, tengok menteri ini dia tak komen apa-apa. Menteri ini tak ada isu apa-apa.

“Sebab sekarang ini menteri-menteri akan beri jawapan itu. I cannot comment. And to be fair, they are not wrong. Dia memang tak boleh.

“Susahkah nak tukar those rules? Tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim lah. Sebab itu, itu antara perkara-perkara yang dia selalu marah saya. Sebab dia kata, you tak boleh comment itu.
You tak boleh ini. Ini kementerian lain. You tell him, orang dah complain kat saya. Kementerian lain tak suka. Menteri lain tak suka.

“Tapi Menteri Ekonomi jaga semua. Itulah puzzle. Memanglah menteri ekonomi jaga semua kementerian. Semua bahagian ada dalam bahagian kementerian ekonomi.

“Tapi dia tak bagi. So, dia jadi isu lah. So, my communication in that 2 years tu, selalu jadi a source of contention (perbalahan) dengan Perdana Menteri,” dakwa Rafizi dalam video di muat naik di Facebook beliau.

Ahli Parlimen Pandan itu juga menyelar bahasa-bahasa “cliche” yang lazim diguna pakai menteri dalam menjawab persoalan media.

“Seorang menteri kan, dia masih lagi dalam kerangka komunikasi yang lama. Bahasa-bahasa yang digunakan itu mestilah bahasa yang akhirnya hanya orang kementerian dan orang kerajaan faham.

“Bukan dia tak boleh sentuh apa yang ini sensitif, yang itu sensitif. Yang ini berbahaya. Jadi kita akan cakap, “oh kita mengalu-alu ia satu perkembangan yang baik.”

“Dalam zaman media sosial sekarang ini, dengan short attention span, dengan banyak pilihan yang ada, orang nak maklumat yang head on. Kalau orang kata hitam, if you want to say it’s not hitam, you better tell straight away why it’s not hitam. Tapi kerangka komunikasi kerajaan sekarang tak membenarkan. Tak boleh.

“Jadi, bagi saya, dia bagilah nasihat macam mana pun, kecualilah kerajaan, maksudnya Perdana Menteri dan Kabinet, bersetuju bahawa menteri-menteri boleh komen pasal politik.

“Ataupun menteri-menteri boleh komen isu-isu semasa yang mungkin tidak 100 peratus berkenaan dengan mereka, tetapi ada kaitan sedikit sebanyak. Jadi, itu mesti berubah dahulu. Kalau yang itu tidak berubah, maka menteri-menteri akhirnya komunikasi mereka hanyalah video mereka pergi rasmi.

“Kalau tengok dekat Facebook semua kan. Hari ini saya berkesempatan menghadiri mesyuarat. Actually, saya daripada 2010-2013 selalu kutuk, janganlah menteri beritahu dia pergi mesyuarat. Orang tak suka. Ini jabatan-jabatan kerajaan Unit Komunikasi Korporat (UKK) yang dengar semua ini kan. Orang tak suka,” tegur Rafizi.

Menurut beliau, kerajaan mesti berani mengubah kerangka komunikasi seumpama ini dengan berani menjawab isu dengan memastikan pasukan komunikasi setiap kementerian berkeupayaan mempertahankan kenyataan dan tindakan menterinya.

“Kalau menteri tak berani ataupun tak biasa, maka, kita berterusan dengan posting-posting gambar-gambar merasmikan majlislah.

Selain mengubah kerangka komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang bertanggungjawan sebagai Jurucakap Kerajaan sepatutnya diagnoses perkara itu and beritahu, okay, this is not gonna work,” bidas beliau.

Sementara itu, ditanya jika diberi peluang untuk mengulang masa, apa perubahan yang beliau akan lakukan? Rafizi menjawab mungkin beliau akan letak jawatan lebih awal.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat