KUALA LUMPUR – Wakil rakyat dari Bersatu Datuk Noorazley Yahya mencadangkan Timbalan Presiden Bersatu merangkap Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin dipertimbangkan untuk diangkat sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan berkuat kuasa esok, 1 Jan 2026.
Adun Bukit Melawati itu berkata, beliau bersetuju dengan pandangan yang disuarakan oleh Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli bahawa jawatan Pengerusi PN tidak semestinya dipegang oleh Presiden Pas.
“Ia juga boleh dipertimbangkan daripada kalangan Timbalan Presiden Pas, memandangkan jawatan tersebut merupakan kedudukan nombor dua dalam parti.
“Namun, jika ditanya pandangan peribadi saya, sudah tentu saya juga bersetuju sekiranya Datuk Seri Hamzah Zainudin dipertimbangkan sebagai Pengerusi PN, memandangkan beliau mewakili Bersatu.
Namun begitu menurut beliau, , apa jua keputusan mestilah dibuat secara musyawarah dan mendapat persetujuan semua jawatankuasa serta pimpinan PN.
“Ini hanyalah pandangan peribadi saya, demi memastikan kekuatan dan kesepakatan PN terus terpelihara,” kata Noorazley dalam kenyataan media pada Rabu.



