Pas Berpegang Teguh Dengan Piagam MN – Takiyuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: PAS adalah antara watak utama yang merangka dan berusaha menubuhkan Muafakat Nasional (MN) atas dasar penyatuan ummah, kata Setiausaha Agongnya, Datuk Takiyuddin Hassan.

Menurutnya, PAS berpegang teguh dengan Piagam MN yang dimeterai antara UMNO dan PAS pada 14 September 2019 dan mana-mana pihak tidak perlu meminta PAS memilih sama ada hendak bersama MN atau tidak.

Di dalam piagam MN yang telah dimenterai jelasnya, UMNO dan PAS telah bersetuju membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam dan Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.

“PAS turut mempertegaskan betapa MN perlu dijadikan amalan musyawarah dalam memperkasakan agenda Islam, Melayu, Bumiputera khususnya dan rakyat Malaysia amnya secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan negara demi membangunkan negara inklusif, sejahtera dan menjamin keadilan sosial merentasi batas warna kulit mahupun anutan.

“Justeru itu PAS berpandangan MN bukanlah milik eksklusif sesuatu parti atau kelompok, sebaliknya harus dibuka kepada semua kalangan yang cintakan perpaduan, keharmonian dan keadilan di dalam negara ini,” katanya melalui kenyataannya hari ini.

Takiyuddin turut menegaskan PAS akan terus mengekalkan komitmen yang mantap dalam Agenda Besar MN.

“Adalah jelas dari sudut pendekatan dan strategi politik tiada suatu pun halangan yang dikenakan untuk UMNO daripada kekal bersama Barisan Nasional (BN) mahupun untuk PAS dari menyertai mana-mana gabungan atau kerjasama politik,” ujarnya.

Katanya, apa yang penting adalah gabungan UMNO dan PAS boleh malah perlu bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai cita-cita yang sama dalam menghadapi PRU15 dengan suatu persefahaman yang jitu khususnya tiada pertembungan sesama sendiri yang menguntungkan pihak lain.

Jelasnya lagi, PAS amat yakin bagi mencapai cita-cita dan hasrat ini semua pihak perlu meneroka jalan damai dan saling menerima serta hormat menghormati, bukan sebaliknya, tegasnya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,558FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat