CBP Amerika Syarikat Kenakan Larangan Produk Sawit Sime Darby

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Agensi Perlindungan Kastam dan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadap minyak sawit dan produk lain yang dikeluarkan Sime Darby Plantation Bhd dan syarikat subsidiarinya.

Dalam satu kenyataan, CBP memaklumkan pengeluaran perintah sekatan (withold release order) berdasarkan maklumat bahawa syarikat tersebut mempunyai 11 tanda buruh paksa yang ditetapkan oleh Organisasi Buruh Antarabangsa.

CBP pada masa sama memaklumkan pegawainya di semua pelabuhan masuk AS akan menahan minyak sawit dan sebarang produk yang mengandungi minyak sawit yang dihasilkan oleh Sime Darby dan entiti berkaitan di Malaysia.

Julai lalu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antipemerdagangan manusia yang berpusat di Hong Kong mengemukakan petisyen terhadap Sime Darby atas dakwaan mengerah tenaga buruh paksa.

Petisyen yang dikemukakan Liberty Shared itu diajukan kepada CBP mendesak agar import barangan produk sawit dilarang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat