Bank Rakyat lancar visi, misi baharu untuk pertingkat ekonomi ahlinya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) telah melancarkan visi dan misinya yang baharu untuk mengukuhkan komitmen bank untuk untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi ahli dan pelanggannya serta negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, visi baharu Bank Rakyat adalah bagi menjadi ‘Bank Koperasi Islam Progresif No.1 Malaysia’ manakala misinya adalah ‘Meningkatkan kesejahteraan ekonomi ahli, pelanggan dan negara kami’.

Beliau berkata visi dan misi baru itu adalah salah satu inisiatif jangka panjang bank untuk memperkukuhkan kedudukannya dan kekal relevan dengan keperluan semasa yang memerlukan setiap organisasi untuk menjadi lebih inovatif dan dinamik untuk maju.

“Saya juga berpendapat bahawa misi baharu ini adalah yang terbaik dan juga seiring dengan mandat Bank Rakyat untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi para ahli dan pelanggannya dengan memberikan penyelesaian perbankan yang berkesan serta menawarkan nilai tambah, kesan positif kepada masyarakat dan pihak berkepentingan,” katanya semasa majlis pelancaran visi dan misi baharu bank tersebut yang diadakan secara maya di sini, hari ini.

Menurut Wan Junaidi, visi dan misi baharu itu juga akan memastikan kelangsungan jaminan akses kewangan 100 peratus patuh Shariah kepada usahawan, koperasi, industri kecil dan sederhana (IKS) serta syarikat perniagaan yang memerlukan untuk mengembangkan perniagaan mereka, terutamanya dalam persekitaran ekonomi mencabar susulan daripada penularan COVID-19.

Beliau turut beryakinanan Bank Rakyat akan terus memperkasakan mandat kerajaan dalam memastikan rakyat mendapat akses perbankan yang menyeluruh terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Matlamat Bank Rakyat untuk menjadi Bank Koperasi Islam yang progresif juga adalah sejajar dengan aspirasi kementerian untuk menghidupkan semula sektor koperasi dan keusahawanan melalui spektrum pendigitalan, inovasi dan teknologi, ia amat penting bagi membantu sektor ini pulih dalam persekitaran pandemik COVID-19,” katanya,

Pada majlis itu, Wan Junaidi turut mengumumkan pelantikan Datuk Abdul Rani Lebai Jaafar sebagai Pengerusi Bank Rakyat selama dua tahun berkuat kuasa 1 Januari, 2021. Abdul Rani sebelum ini dilantik sebagai Pemangku Pengerusi Bank Rakyat pada 28 Julai, 2020.

Abdul Rani berkata selepas pelancaran visi dan misi itu, bank itu dijangka akan memperkenalkan produk dan perkhidmatan baharu pada awal tahun depan untuk menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada pelanggannya setelah dana BR Care bernilai RM300 juta telah dilanggan sepenuhnya.

– BERNAMA

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat