Surat Terbuka Pengendali Pusat Jagaan OKU Kepada PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pengendali-pengendali pusat jagaan Orang Kelainan Upaya (OKU) hari ini menulis surat terbuka ditujukan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi merayu bantuan khas kerajaan.

Mereka merayu kerajaan membantu meringankan beban yang dihadapi kerana masih tidak dibenarkan beroperasi ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

“Kami pengendali pusat-pusat OKU merayu agar disalurkan bantuan khas kepada pusat-pusat OKU yang telah terjejas teruk berikutan arahan penutupan.

“Sebahagian pusat OKU juga berkemungkinan akan terpaksa ditutup operasi sepenuhnya berikutan lanjutan PKPB. Kami tidak mengharapkan jumlah yang banyak, tetapi cukup sekadar untuk meringankan beban kami menampung kos gaji kakitangan dan bayaran sewa premis.

“Bantuan segera amat diperlukan terutama kerana isu ini melibatkan kebajikan golongan paling tidak berdaya dalam komuniti kita.

“Bantuan juga diperlukan bagi memelihara kebajikan kakitangan pusat OKU yang selama ini menumpahkan khidmat sepenuh jiwa dan tenaga meskipun tanpa imbalan setimpal.

“Tanpa bantuan segera, golongan yang telah banyak berjasa kepada golongan OKU ini akan hilang mata pencarian mereka,” katanya, dipetik dari surat terbuka yang ditandatangani 21 pengendali pusat jagaan OKU itu.

Menurut surat itu lagi, beban kewangan kakitangan dan operasi pusat jagaan OKU akan lebih terkesan selepas Program Subsidi Upah (PSU) melalui PERKESO bagi menampung kos gaji kakitangan berakhir 31 Disember ini (hari ini).

“Semua pusat OKU juga para kakitangan kami terkesan dari segi kewangan berikutan pandemik berterusan ini. Bukan sahaja itu, anak-anak autisme yang sudah sekian lama meninggalkan sesi pembelajaran dan terapi mereka juga mengalami kemerosotan dalam perkembangan minda dan kemahiran mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan ini.

“Bantuan khusus bagi pusat-pusat yang memberi khidmat kepada OKU adalah lebih daripada wajar kerana belum ada lagi sebarang insentif khas untuk pusat OKU swasta di dalam pakej rangsangan ekonomi yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.

“Pusat OKU swasta juga berusaha keras bagi menyediakan penjagaan, terapi dan pendidikan terbaik kepada
anak-anak OKU yang pastinya mempunyai hak terhadap pendidikan yang berkualiti.

“Besar harapan kami agar pihak YAB Tan Sri dan semua pihak berkaitan dapat melihat isu ini dari sudut pandang kami, dan membantu kami mengekalkan punca pendapatan dan menjaga kebajikan mereka yang terjejas pada masa ini,” kata suarat itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat