Hari Terakhir 2020 Catat 2,525 Kes Baru Covid-19

Ambil vitamin K secukupnya

VITAMIN K nutrien penting yang memainkan peranan untuk pembekuan darah, kesihatan tulang dan jantung. Kajian terkini menunjukkan vitamin K berpotensi membantu merawat penyakit osteoporosis dan...

Cinta Ben Affleck dan Ana terlerai

Los Angeles: Selepas setahun menjalin cinta, aktor Ben Affleck, 48, dan pelakon Ana de Armas, 32, mengejutkan ramai apabila memutuskan untuk berpisah. Punca utama perpisahan...

Datuk Awie dah timang anak keenam

Kuala Lumpur: Penyanyi, pelakon dan penerbit, Datuk Awie selamat menimang cahaya mata keenam pada petang semalam. Perkara ini dizahirkan menerusi status Facebooknya yang dikongsi pada...

Burger King Malaysia Jalin Kerjasama Dengan PlayStation, Pelanggan Bakal Dapat PS5 Percuma?

Memiliki Playstation 5 (PS5) adalah impian bagi sebahagian rakyat Malaysia, dengan situasi pandemik dan arahan untuk kekal di rumah, sudah pasti masa yang terluang...

Jimat Dan Mudah, Ini Resipi Ayam Ala Kenny Roger Yang Sedap Untuk Anda Cuba

Sebut sahaja Kenny Roger semestinya anda sudah terbayang rasa dan aroma ayam panggangnya. Terbaharu, seorang pengguna Twitter @bellaTutulip telah berkongsi resipi ayam ala Kenny Roger yang...

KUALA LUMPUR – Khabar duka menutup hari terakhir tahun 2020 apabila kes baharu COVID-19 mencatat jumlah tertinggi, iaitu 2,525 kes sejak setahun pandemik itu melanda negara.

Lebih mendukacitakan lapan nyawa lagi diragut virus tanpa sempadan ini, menjadikan jumlah maut setakat ini seramai 471 orang.

Dengan perkembangan terbaharu ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes positif di Malaysia mencecah 113,010 kes, dengan jumlah kes aktif pula adalah 23,598 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,205 kes, daripada jumlah itu sebanyak 995 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 299 kes dan Melaka sebanyak 239 kes,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu beliau turut memaklumkan terdapat sebanyak 1,481 kes sembuh, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 88,941 kes.

Setakat ini terdapat 131 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 60 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Memperincikan kes mengikut negeri, selain Selangor, Sabah dan Melaka, Kuala Lumpur mencatat 222 kes, Johor (194), Pulau Pinang (92), Negeri Sembilan (78) Labuan (63) Kelantan (37), Perak (33), Kedah (24), Terengganu (17) Pahang (15), Putrajaya (5) dan Sarawak 2 kes.

Manakala bagi kes kematian ia melibatkan lima lelaki dan tiga wanita warganegara yang berusia 39 hingga 79 tahun di Johor, Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Kedah. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

“Terima Kasih UAE” Kata Hishammuddin

CYBERJAYA: Sumbangan kemanusiaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mangsa banjir di negeri Pahang mendapat penghargaan terima kasih daripada Menteri Luar Negeri, Dato Seri Hishammuddin...

PERMAI masih belum cukup bantu rakyat : Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganggap PERMAI masih kurang aspirasi dalam membantu rakyat supaya kekal tenang di rumah sekali...

Imam Masjid Shah Alam, Selangor Disahkan Positif COVID-19

SHAH ALAM: Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) Shah Alam yang juga qari terkenal, Abdul Karim Omar disahkan positif COVID-19 dan kini...