PH ulang janji mansuh tol PLUS jika menang PRU15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pakatan Harapan (PH) sedia memansuhkan tol di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) jika mereka diberi mandat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Memetik laporan China Press, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, ketika menerajui kerajaan selama 22 bulan, PH telah berjaya mengurangkan bayaran tol sebanyak 18 peratus.

Menurut bekas Menteri Kewangan itu, PH boleh menghapuskan tol lebuh raya itu jika diberikan tempoh mentadbir selama lima tahun.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam satu majlis makan malam di Jelapang pada malam Ahad.

Janji keenam dalam manifesto PH pada PRU14 lepas antara lain menyatakan gabungan itu akan mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuh raya dan berunding untuk mendapatkan harga terbaik bagi mengambil alih setiap konsesi tol dengan matlamat akhir untuk menghapuskan kutipan tol secara berperingkat.

Kerajaan pimpinan PH sebelum ini mengumumkan diskaun kadar tol sebanyak 18 peratus akan diberikan kepada kenderaan penumpang, bas dan teksi (iaitu kelas 1, 4 dan 5 bagi Lebuhraya Utara Selatan termasuk Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Utara Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH) dan Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) serta kenderaan kelas 2, 3, 4 dan 5 bagi Jambatan Pulau Pinang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,482FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat