Terima kasih PAS tak musuhi BN – Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menghargai pendirian PAS kerana memilih untuk tidak memusuhi Barisan Nasional (BN) meskipun tidak bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penyandang Parlimen Ketereh itu malah berkata, usaha memperkasa muafakat Melayu Islam wajar terus diperkasa.

“Terima kasih PAS dan Setiausaha Agungnyq, Datuk Seri Takiyuddin Hassan atas kenyataan bijaksana dan berhemah itu.

“Teruskan usaha memperkasa muafakat Melayu Islam supaya kita tidak dipertanggungjawabkan di sisi Allah SWT di akhirat nanti,” ujar Annuar dalam kenyataannya pada Isnin.

Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu juga mengingatkan supaya PAS dan BN berperanan saling melindungi bukannya bermusuhan.

“Berusahalah sedaya upaya dan jangan berputus asa.

“Kita tidak perlu bermusuh.Kita saling melindungi sesama umat.Kenali musuh yang sebenar, sahut lambaian persahabatan,” kata beliau.

Semalam, Takiyuddin menegaskan PAS kekal dengan pendirian tidak pernah menganggap BN sebagai musuh walaupun tidak bekerjasama pada PRU15.

Setiausaha Agung PAS itu, sebaliknya berasakan musuh mereka sama ada PAS dan BN adalah Pakatan Harapan (PH).

“Kita tidak bermusuh, namun ini satu amalan demokrasi di mana kita ‘bermain di padang sama rata’.

“Jika kawasan tertentu dimenangi BN tidak mengapa, asalkan tidak jatuh kepada PH. Kita memang tidak bermusuh kerana kita kekalkan konsep penyatuan ummah.

“Amalan konsep penyatuan ummah walaupun tidak berkawan rapat, namun tidak bermusuh sama sekali,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,479FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat