Gelanggang Dibuka Mustahil Kami Tak Masuk, Bidas PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerisauan isu banjir bukan beerti Perikatan Nasional (PN) tidak masuk gelanggang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apatah lagi memberi kemenangan percuma kepada Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari menempelak kenyataan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dengan mengingatkan bahawa tiga Menteri Besar di tiga negeri dikemudi PAS tidak bertanding bagi menghadapi risiko banjir.

“Saya membaca kenyataan kekanda saya, Ketua Pemuda UMNO yang menempelak Perikatan Nasional (dan PH – ini saya tak campur) yang dikatakan beria-ria bersiap sedia dan bertanding PRU15 sedangkan sebelum ini kononnya nak fokus banjir.

“Dia begini bos, apabila gelanggang dibuka, takkanlah kami tak masuk, mustahil nak bagi menang free, lagipun belum tentu BN boleh menang kali ini.

“Rekod di peringkat nasional selama 60 tahun memerintah negara rakyat masih ingat. Soal banjir, kerajaan negeri siap sedia. Tiga Menteri Besar kami tak bertanding pun, jangan bimbang. Soal pilihan raya, kami juga siap sedia. Anak muda kali ini kena pilih yang Bersih dan Stabil,” bidas penyandang Parlimen Pasir Mas itu dalam kenyataan pada Isnin.

Tegas Ahmad Fadhli lagi, yang stabil sahaja tapi tak bersih, akan menghancurkan negara.

“Stabil, tapi duit negara hilang, stabil tapi tanah rizab Melayu menyusut, stabil tapi kawasan Parlimrn untuk negeri Melayu lebih sedikit, ini di zaman siapa? Bersih, tapi tak stabil juga belum cukup.

“Lalu, kita tawarkan Bersih dan Stabil. Jangan bimbang, kita lawan cara sihat,” katanya.

Semalam, PH dan PN ditempelak Asyraf apabila ligat memperkenalkan calon masing-masing di sebalik kritikan kononnya  PRU15 bakal diadakan pada musim banjir.

Ujarnya, blok itu kini dilihat paling ‘beria-ria’ berkempen  dan tidak pula fokus untuk sedia membantu rakyat berdepan banjir.

Menurut beliau, tindakan ‘munafik’ itu sekali gus membuktikan PH dan PN sebenarnya memang takut kalah serta enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri dikuasai mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat