PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Mendiang James Jemut Masing

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Ujarnya, pemergian mendiang James Jemut Masing satu kehilangan besar kepada Negeri Sarawak dan negara.

“Salam takziah buat seluruh keluarga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, yang meninggal dunia awal pagi tadi.

“Mendiang merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, berpandangan jauh dan berwibawa.

“Jasa dan pengorbanan mendiang pasti akan dikenang sampai bila-bila. Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan semoga diberikan kekuatan serta kesabaran menghadapi saat duka ini.” Kata Ismail Sabri melalui kenyataan medianya. Sebentar tadi.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing meninggal dunia pagi tadi akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID 19 Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada jam 705 pagi di Normah Sarawak Medical Centre Kuching

Tan Sri James Jemut Masing meninggal dunia pagi tadi akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19. Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.05 pagi di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching.

Masing sebelum ini telah dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif COVID-19 pada 28 September lalu.

Beliau yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri pada era pemerintahan Tan Sri Adenan Satem dan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Masing merupakan veteran politik yang amat disegani.

Selain itu, Masing turut memegang portfolio Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat