Masalah Geran Hak Milik Peserta Felcra Belimbing, Tualak, Kuala Nerang, Selesai

- Advertisement -

KUALA NERANG: Tiada yang paling menggembirakan bagi peserta FELCRA Belimbing, Tualak, di daerah Padang Terap, Kedah, apabila tanah kebun getah dan tapak rumah kediaman yang diduduki sejak 40 tahun lalu, menjadi hak milik mereka.

Berita gembira itu disampaikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Ahli Parlimen Padang Terap dalam Majlis Sembang Santai Keluarga Malaysia Peserta FELCRA Belimbing, Tualak di sini pada Sabtu.

“Saya nak umumkan satu berita gembira kepada penduduk dan peserta Felcra Belimbing ini iaitu berkenaan dengan masalah geran tanah kebun dan geran tanah kediaman rumah masing-masing akan diperolehi tidak lama lagi.

Saya memberi jaminan bahawa geran itu selewat-lewatnya akan dikeluarkan dan diserahkan kepada peserta pada awal bulan Disember ini.”

Menurut Mahdzir, ketika ini proses akhir pengeluaran geran tersebut sedang berjalan di peringkat Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap.

“Saya maklum bahawa ada 85 orang peserta Felcra di sini yang telah menunggu sejak 40 tahun lalu untuk memiliki tanah kebun dan tanah kediaman mereka itu, jadi saya pun bersyukur jugalah kerana masalah itu dapat diselesaikan.”

Sementara itu, peserta Felcra kawasan tersebut, Md Isa Kadir, 70, amat bersyukur dengan pengumuman itu kerana penantian beliau selama 40 tahun untuk memiliki tanah kebun dan tapak rumah sendiri akhirnya menjadi kenyataan.

Beliau yang juga Imam Surau Kampung Belimbing, Tualak menyifatkan pelantikan Datuk Seri Mahdzir sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar yang baharu telah memberi rahmat kepada penduduk dan peserta Felcra di daerah Padang Terap.

Seorang lagi penduduk dan peserta Felcra Belimbing, Tualak, Rokiah Binti Kadir, 67, terharu dengan berita yang disampaikan oleh Datuk Seri Mahdzir itu.

Beliau yang menjadi peserta Felcra di kampung itu sejak tahun 1981, menganggapnya sebagai hadiah paling berharga dalam hidupnya.

Setiap peserta Felcra Belimbing akan menerima hak milik tanah kebun getah seluas 4.01 hektar dan satu lot tanah kediaman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat